Rabu, 6 September 2023

Edisi Khas : Pertandingan Koir Patriotik Inter Class 2023 - 6 UKM

Assalamualaikum, hari ini adalah hari bersejarah buat kami dari kelas 6 UKM. 

Masuk pertandingan KOIR dan mendapat tempat pertama.

Ini dia hadiah yang kami dapat.

Tarikh : 6.9.2023
Hari : Rabu Masa : 8.30 pagi
Kelas : 6 UKM
Anjuran : Panitia Muzik Johan pertandingan koir bagi tahun 6


Terima kasih kepada cikgu-cikgu dan rakan sekelas.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kalian.

Sangat enjoy dan seronok dapat mempersembahkan nyanyia koir kepaa seluruh warga SRKTKU.

Tidak dapat diucapkan dengan kata-kata betapa kami sangat teruja dan bergembira.

Kami sayang cikgu kami yang banyak berjasa dan memberi tunjuk ajar.

Di bawah adalah LINK dari Channel Youtube TV Sekolah Kebangsaan Taman Klang Utama



Selasa, 25 Julai 2023

Majlis Semarak kasih Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Klang Utama 2023

Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Klang Utama adalah sebuah sekolah dasar (sekolah rendah) yang terletak di Taman Klang Utama, Klang, Selangor, Malaysia.
Sekolah Kebangsaan Taman Klang Utama atau nama ringkasnya SK Taman Klang Utama, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Haji Sirat.

Majlis Semarak kasih sanjungan bakti sempena perpindahan Encik Muhammad Khalimi bin Dahlan guru besar sekolah rendah kebangsaan Taman Klang Utama Khamis 22 Jun 2003 dewan bestari sekolah kebangsaan Taman Klang Utama.


 

Sabtu, 8 Julai 2023

Pulau Perhentian PIR

Assalamualaikum, kami sekeluarga pergi bercuti ke Pulau Perhentian selama 3 hari 2 malam 8 dewasa 4 kanak-kanak.
Bertolak dari Klang Sentral pada pukul 10 malam menaiki bas ekspress. Perjalanan mengambil masa selama 9 jam. Syukur alhamdulillah perjalanan lancar dan selamat tiba ke destinasi.


Sampai Perhentian Bas Jeti Besut pukul 6:30 pagi dan terus solat subuh di surau yang disediakan. Selepas itu kami ambil taksi untuk ke Jeti Kuala Besut dan daftar di kuanter resort tersebut. Sempat bersarapan pagi makan nasi dagang dan keropok lekor.
Kami bertolak ke pulau menaiki bot pukul 10 pagi dan sampai ke sana dalam pukul 11:30 pagi. Perjalanan meredah lautan sangat baik cuaca dan udaranya.
Kami tiba-tiba disambut dengan baik oleh petugas bagasi dan penyambut tetamu. Kesemua beg yang kami bawa di angkat menggunakan motorsikal roda 3. Kami ke kuanter pendaftaran dan daftar kemasukkan pada pukul 1 petang baru dapat bilik resort.
Permandangan di sini sangat cantik dan indah, semua tempat bersih dengan disediakan tong sampah. Kalau tandas dekat restoran agak kotor dan kurang terjaga. 1 bintang sahaja untuk kebersihan tandas.Kami ambil pakej dengan makan tengahari, makan malam dan sarapan.
Kami tidak ambil pakej snorkeling sebab kami datang kesini hanya mahu berehat dan bersantai di tepi pantai depan resort sahaja.
Masakan dan makanan biasa-biasa sahaja saya bagi 2 bintang. Mungkin sebab orang terlalu ramai makanan disediakan habis dengan cepat. Kebanyakan pengunjung sangat tamak dan mengambil makanan melebihi apa yang patut.
Ada tupai dan biawak, banyak berkeliaran di kawasan pantai serta menyelinap di bawah resort dan tidak mengganggu manusia. Orang tua-tua memberitahu kalau banyak biawak di satu-satu kawasan bermakna kawasan itu banyak ular berbisa dan makanan biawak adalah telur-telur ular tersebut. Sebaiknya jangan dibunuh biawak-biawak tersebut kerana dia menjaga keselamatan pengunjung dengan memakan telur-telur ular berbisa.
Suasana malam sangat indah dengan pemandangan laut terbentang luas dihiasi bintang dan rembulan.
Bercuti ke sini dapat merehatkan badan dan minda dari kepenatan bekerja.
Cahaya lampu banyak pada waktu malam dan terang apabila ingin kesuatu tempat.
Aktiviti di pantai pada malam hari senyap-sunyi tiada fire show, kalau mahu lihat fire show kena pergi ke Long Beach di sana banyak pertunjukkan Fire Show. 
Apabila berehat di bawah pokok kelapa pada waktu malam dan menikmati permandangan dapat rasa ketenangan hadir dalam jiwa dan raga.
Kalau boleh beli makanan ringan banyak-banyak sampai di pulau mulut sentiasa mahu menguyah, lepas makan mahu makan lagi.
Pada siang hari selain aktiviti mandi laut korang boleh berjalan menyusuri pantai ke sebelah bahagian resort yang lain. Permandangan di sana juga sangat cantik dan indah boleh tangkap gambar buat kenang-kenangan.
Boleh daftar untuk aktiviti selam skuba dan merupakan salah satu aktiviti popular yang dilakukan oleh pelancong yang berkunjung ke sini. Pulau Perhentian kaya dengan laut dan pantai yang membiru, aktiviti ini sering menarik tumpuan pelancongan untuk melawat kemari.
Pintu gerbang disebelah adalah tot spot untuk dinner dengan orang tersayang, kena tempah dahulu di kuanter penyambut tetamu.


Rakam video paling bagus sebab saat-saat indah korang di sana tersemat dalam rakaman tersebut.
Untuk trip snorkeling ada disediakan harga yang sangat berpatutan dan banyak tempat-tempat menarik akan mereka bawa korang pergi.
Pengalaman best dapat lihat nemo, ikan yu, ikan pari, ikan kerapu, ikan todak dan penyu.
Boleh cuci mata melihat mat saleh berjemur tengah-tengah panas yang terik dan berbahang.
Lagi satu bilik resort yang disediakan semua ada penyaman udara dan di buka 24 jam tidak pernah tutup kecuali mereka tukar minyak atau tukar genset.

Pekerja di sini semua ramah dan tamah mereka seikhlas hati akan membantu anda apabila memerlukan bantuan.
Sebagai pengunjung kita perlulah menjaga kebersihan dan jangan membuang sampah rata-rata.
Hargailah keindahan pantai kita ini untuk kehidupan marin yang semakin pupus ditelan arus zaman.

Dapat snorkeling 2 hari berturut-turut sangat puas dan seronok sekali. Menyelam dan berenang memang impian kami untuk ke sini dan kami menikmatinya denga rasa gembira serta teruja.
Cukuplah 2 malam 3 hari kami di sini, pengalaman yang cukup memuaskan. Insya-Allah kalau ada rezeki lebih akan datang kami mahu datang lagi bertamu ke sini. 

Jumaat, 23 Jun 2023

Jalan TAR Kuala Lumpur

Assalamualaikum,
Membawa keluarga ke Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur dan membeli-belah di pasar raya sogo, sememangnya idea yang bagus! Jalan Tunku Abdul Rahman adalah salah satu jalan utama di pusat bandar Kuala Lumpur dan terkenal dengan kedai, pusat membeli-belah dan tempat bersiar-siar. Salah satu destinasi membeli-belah yang popular di Jalan Tunku Abdul Rahman ialah Pasaraya Sogo.
Pasaraya Sogo adalah pusat membeli-belah terkenal di Kuala Lumpur dan menawarkan pelbagai jenis barangan, pakaian, aksesori, kosmetik dan makanan. Ini adalah tempat yang bagus untuk membeli-belah bersama keluarga anda dan menghasilkan pelbagai produk berkualiti pada pelbagai harga.
Selain membeli-belah di Pasaraya Sogo, anda juga boleh menerokai Jalan Tunku Abdul Rahman untuk kedai dan tempat makan yang menarik. Jalan ini mempunyai rasa yang unik dan juga merupakan tempat yang bagus untuk mengalami budaya tempatan dan berinteraksi dengan penduduk tempatan.
Pastikan anda merancang perjalanan anda dengan baik, pilih masa yang sesuai untuk melawat, dan nikmati membeli-belah serta menerokai kawasan itu bersama keluarga anda.
 Jangan lupa semak waktu buka Pasaraya Sogo dan kedai-kedai lain di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman sebelum anda pergi.
 Semoga Anda dan keluarga Anda mempunyai waktu yang menyenangkan di Kuala Lumpur!